Dari kampung ke kaki lima kota, gadis
Belasan tahun naik teksi, gi
Shopping kompleks, habis
RM30 jumlah emak, penggores
Getah, kutip dari 2 pagi.
Dari kampung ke kampus, siswi
Awal duapuluhan kapit beg, Delphi
Kamar, kuliah, kantin, komsis E,
Keluar handset Nokia 6000C, beli
Duit emak, pekebun kecil, beri.
Pabila ditanya tutor,
Diinterbiu oleh NTV3,
Diminta pendapat isu semasa,
Tiada bunyi apa-apa,
Boh tau, boh kata,
Rupanya dalam senyap
Simpan rahsia, ada kuasa,
Itulah dia mahabohsia.
Tak suka, takut bertanya,
Dok di bangku, nyata
Nampak macam zombie
Cuba melindung identiti,
Balik tiang hidung sendiri.
Bila habis kuliah, baru
Nampak bernyawa kembali.
Tuesday, May 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment