Dulu orang Cina bungkus kaki anak dara mereka,
Orang Afrika dan Borneo cucuk hidung dan telinga,
Gelangkan tengkuk dan entah melakukan apa lagi
Kepada tubuh badan mereka demi kepercayaan,
Sekarang ramai pakai kasut yang nipis,
Yang mendedah lebih banyak kulit puan
Daripada kulit kasut,
Mudah rosak, yang cengkam jari kaki,
Sehingga herot, yang mempunyai tapak tumit
yang tinggi dan kurus,
yang menganjak pusat graviti
beberapa cm ke atas dan
menjejas kestabilan imbangan kaki.
Apa nama produk akhir proses turun temurun
dan sejagat ini?
Wanita lemah lembut.
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Wednesday, May 03, 2006
Tuesday, May 02, 2006
Mahabohsia
Dari kampung ke kaki lima kota, gadis
Belasan tahun naik teksi, gi
Shopping kompleks, habis
RM30 jumlah emak, penggores
Getah, kutip dari 2 pagi.
Dari kampung ke kampus, siswi
Awal duapuluhan kapit beg, Delphi
Kamar, kuliah, kantin, komsis E,
Keluar handset Nokia 6000C, beli
Duit emak, pekebun kecil, beri.
Pabila ditanya tutor,
Diinterbiu oleh NTV3,
Diminta pendapat isu semasa,
Tiada bunyi apa-apa,
Boh tau, boh kata,
Rupanya dalam senyap
Simpan rahsia, ada kuasa,
Itulah dia mahabohsia.
Tak suka, takut bertanya,
Dok di bangku, nyata
Nampak macam zombie
Cuba melindung identiti,
Balik tiang hidung sendiri.
Bila habis kuliah, baru
Nampak bernyawa kembali.
Belasan tahun naik teksi, gi
Shopping kompleks, habis
RM30 jumlah emak, penggores
Getah, kutip dari 2 pagi.
Dari kampung ke kampus, siswi
Awal duapuluhan kapit beg, Delphi
Kamar, kuliah, kantin, komsis E,
Keluar handset Nokia 6000C, beli
Duit emak, pekebun kecil, beri.
Pabila ditanya tutor,
Diinterbiu oleh NTV3,
Diminta pendapat isu semasa,
Tiada bunyi apa-apa,
Boh tau, boh kata,
Rupanya dalam senyap
Simpan rahsia, ada kuasa,
Itulah dia mahabohsia.
Tak suka, takut bertanya,
Dok di bangku, nyata
Nampak macam zombie
Cuba melindung identiti,
Balik tiang hidung sendiri.
Bila habis kuliah, baru
Nampak bernyawa kembali.
Saturday, April 08, 2006
Agama
Agama ialah persinggahan terakhir
Setelah segala eksperimen manusia
Gagal menembusi kebuntuan hidup
Tapi ramai tak mahu lalui kehidupan
kerana mahu sampai ke persinggahan akhir
dgn cara menaikki ekspres senandung malam
dalam terowong. Sedar2 dah sampai.
Mana boleh! Nak gi seberang sana mesti
Lalui titian siratul mustakim,
Mana boleh pakai lalui terowong.
Tak nampak apa le.
Setelah segala eksperimen manusia
Gagal menembusi kebuntuan hidup
Tapi ramai tak mahu lalui kehidupan
kerana mahu sampai ke persinggahan akhir
dgn cara menaikki ekspres senandung malam
dalam terowong. Sedar2 dah sampai.
Mana boleh! Nak gi seberang sana mesti
Lalui titian siratul mustakim,
Mana boleh pakai lalui terowong.
Tak nampak apa le.
Subscribe to:
Posts (Atom)